TOP NEWS

Thursday 7 August 2014

SEJARAH SMK MALIM

   


        Sekolah Menengah Kebangsaam Malim terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Melaka. Pada awal perancangannya, pembinaan sekolah ini dicadangkan di Taman Malim Jaya. Tetapi disebabkan oleh kos pengambilan tanah yang terlalu tinggi, alternatif lain dibuat iaitu dengan membinanya di Kampung Bertam, Mukim Bertam Malim yang terletak berdekatan dengan kawasan Perindustrian Cheng.

          Sekolah Menengah Kebangsaan Malim mula beroperasi dengan pelantikan Allahyarham Tn. Hj. Rahman bin Yunus sebagaiPengetua dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 3 Januari 2001. Bilangan pelajar yang berdaftar pada tarikh itu ialah seramai 534 orang. Bilangan guru yang ditempatkan di sekolah ini pada sesi tersebut ialah seramai 28 orang yang terdiri daripada 11 guru lelaki dan 17 perempuan. Seramai 6 orang staf sokongan turut membantu sekolah ini pada awal penubuhannya.

0 comments: