TOP NEWS

Sunday 1 April 2012

Sejarah Sekolah


SEJARAH SMK MALIM
Mengikut kamus D.T. Iskandar, Malim membawa pelbagai maksud iaitu guru agama atau ustaz orang yang alim, ulama atau penunjuk jalan, pemimpin atau angin, kapal jurumudi dan pawang. Perkataan Bertam diabadikan daripada nama pokok bertam yang hidup melata di dalam hutan di kaki Bukit Bertam. Pokok bertam boleh dibuat bidai dan banyak digunakan di rumah orang-orang Melayu. Kampung ini telah dibuka oleh Kapitan Melayu keempat iaitu Datuk Abdul Aziz bin Budiman. Perkampungan Bertam menjadi terkenal apabila Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara sampai ke Bertam. Baginda tiba dengan menyusuri Sungai Melaka. Bermula dari situlah, berlakunya sejarah pembukaan Melaka yang kini terus agung  sejarahnya.
Sekolah Menengah Kebangsaam Malim terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Melaka. Pada awal perancangannya, pembinaan sekolah ini dicadangkan di Taman Malim Jaya. Tetapi disebabkan oleh kos pengambilan tanah yang terlalu tinggi, alternatif lain dibuat iaitu dengan membinanya di Kampung Bertam, Mukim Bertam Malim yang terletak berdekatan dengan kawasan Perindustrian Cheng.
Sekolah Menengah Kebangsaan Malim mula beroperasi dengan pelantikan Allahyarham Tn. Hj. Rahman bin Yunus sebagai Pengetua dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 3 Januari 2001. Bilangan pelajar yang berdaftar pada tarikh itu ialah seramai 534 orang. Bilangan guru yang ditempatkan di sekolah ini pada sesi tersebut ialah seramai 28 orang yang terdiri daripada 11 guru lelaki dan 17 perempuan. Seramai 6 orang staf sokongan turut membantu sekolah ini pada awal penubuhannya.
Sehingga ke hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim telah ditadbir oleh 5 orang pengetua iaitu Allahyarham Tn. Hj. Rahman bin Yunus, En. Md. Isa bin Saleh, Tn. Hj. Rosti bin Mistam, Tn. Hj. Mohamad Yusoff bin Osman dan Tn. Hj. Daud bin Abdull. Kejayaan demi kejayaan yang diraih dari semasa ke semasa sekaligus telah menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Malim sebaris dengan lain-lain sekolah ternama di Melaka


0 comments: