Thursday, 12 March 2015

PROGRAM KHIDMAT BANTU RANGKAIAN INTERNET

Jutaan terima kasih warga Malim ucapkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheng atas kesudian menjayakan Program Khidmat Bantu Rangkaian Internet di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim yang melibatkan kesemua Juruteknik Komputer dibawah kelolaan PKG Cheng bermula pada 03 - 05 Mac 2015.


Perkongsian capaian internet untuk bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Pendidikan Khas melalui Zoom A yang terletak di makmal komputer telah menyebabkan kelajuan internet rendah bagi pembelajaran ICT. Oleh yang demikian, hasil perbincangan pihak sekolah dan PKG, mereka telah sebulat suara untuk mengalih sumber capaian internet dari Zoom A di makmal komputer ke PSS iaitu Zoom B.








Gambarajah di atas menunjukkan hasil pengalihan sumber capaian internet dari Zoom A ke Zoom B. 

-Zoom A : hanya digunakan untuk sesi pembelajaran ICT.

-Zoom B : perkongsian data untuk 4 buah 'access point' yang membolehkan capaian internet di sekitar berkenaan.

-Zoom C : capaian internet untuk kawasan sekitar bilik guru.



Hasil daripada ujian 'speedtest' yang telah dilakukan menunjukkan peningkatan kelajuan berbanding yang lepas. Kelajuan internet akan rendah apabila berada di waktu kemuncak dan tidak dapat dielakkan.

0 comments: